January 06, 2011

k e m a n i s a n

ya, kau di sudut itu.
cuba dongak dulu
lihat di awan biru
lihat kawanan itu
sayap halus berbulu.

indah bukan ?
mungkin ;
kalau kau jatuh tersembam
ada lain jatuh berguling lebam
kalau kau retak kaca seribu
ada lain hilang terus diam pilu

masa itu memang ubat
tapi kalau terlebih, palat
buku kau masih banyak kosong
dan kau punya waktu melopong ?

bangun kawan
bersedia lawan
selak muka baru
mula coretan itu

ikut kau mahu kisah yang bagaimana
asal buku itu berjalan sampai masa tiada













yang lalu menjadikan sesuatu baru~

www.tips-fb.com

4 comments:

saraa said...

hehe suka lah sebab atas manis bwh pahit :D

Anonymous said...

hahaaa. yang manis ni, untuk yang pahit kat bawah ni la. :p

fazika puspa said...

suka!
saya amik beberapa bait letak dalam fb boleh kan? heee

dan quot sekali nama awak :)

Anonymous said...

tq. xde hal. untuk semua pun. :)