ramai diselimut gembira
menadah tangan bersedia
bila terbuka suatu yang baru
berharap lebih dari dahulu
namun ada kawan berlainan
terpaksa menerima kesedihan
bila daun yang mereka bela
disiram ikhlas dengan cinta
telah layu ; gugur ia di atas
menyentap mereka dengan keras
tangisan itu untuk gembira pagi
dan mereka yang telah pergi.
Al-Fatihah kepada semua~
1 comment:
Al-Fatihah...
Post a Comment