cinta
kau jaga demi bahgia
belaimu dengan segala
pulangan tak seberapa
mula kau mengeji hina
"mengapa kau perlaku aku begini ,
selepas nyawa ku taruh sendiri ."
cinta
sedang dalam mengaku
kau salah langkah dulu
mengejar laju rasa itu
takut hilang kerna seteru
"tidakkah kau dapat rasa ikhlas ini ,
mengapa perlu kau tugu berdiri ."
cinta
lengkap segala raja pemaisuri
seperti awan dipasang tinggi
dan bila digoyang angin sendiri
mula mencari mana indah tadi
"kecewa aku dengan sikap kau itu ,
ku sangka kau kan beri cinta selalu ."
cinta
mentaliti diset sedaya upaya
mematuh setiap daya merasa
namun bila mula semua dilupa
sekeliling kan kagum menghina
"kau memang hebat bercinta, kawan ;
namun kau tewas dengan cinta di medan ."
baru kau mula berfikir, hati ~
2 comments:
Aha! Terbaik bro! ^__^b
biasa saja maa. thanks. :)
Post a Comment