January 03, 2011

kembali

Teringat waktu dahulu
baju putih kain biru tua
pagi-pagi aku capai.

Waktu itu
semua tampak mudah
sekadar menapak
sudah sampai ke destinasi.

Bukan merintih
cuma memutar kenangan
agar aku sentiasa ingat
waktu senang tak selamanya di sisi.

Maaf lama menghilang :)
www.tips-fb.com

4 comments:

Siti Zafira said...

Hihi. Uniform sekolah?

Hari ini, saya pakai t-shirt putih (t-shirt PJK). Sengaja.

Kawan-kawan kata "Eh, cikgu cakap hari ni kelas PJK batallah."

And then, kami bercerita tentang zaman persekolahan. :)

camar putih said...

huhu..sooooo nostalgic kan :)

shazleeshahazeman said...
This comment has been removed by the author.
Norisah said...

rindu baju putih, tudung putih dan kain biru.
plus name tag di tudung ;p