April 19, 2011

.::Manusia::.

Penat menggugah diri ini
tulang-temulang seakan dipijak-pijak
urat saraf bagaikan dicabut-cabut.

Masihkah punya kudrat wahai diri?
Atau hanya menanti hari
membiarkan diri terlonglai di balik pintu.

Embun tak pernah lelah
membasahi dedaunan di pagi hari.

Rintik tak pernah jemu
menabur bakti kepada bumi.

Habis?
Mengapa diri ini manusia berakal
mahu berundur
tatkala keringat masih diperlukan. www.tips-fb.com

5 comments:

n said...

kah3..MANUSIA jugak... same la entry kt..keh3

Anonymous said...

entah bila boleh menulis sebegini.huhuh

Edy said...

Rindu beno tulisan kau camar ;)

camar said...

nanie: xtau nak letak tajuk hehe ^^

amira: erk..sy biasa je..awak punya puisi lagi bagus :)

edy: rindu sss dan kalian semua sangat..lagi 2 minggu dah nak final..takot takot xD

Anonymous said...

puisi sy hancur.huhuh