Ada ketikanya
bila akal sukar membuat keputusan
tanyalah hati.
Lapangkan dadamu
pejamkan matamu
letakkan tangan kananmu di kiri dadamu.
Apa kau rasa?
Andai debar yang kau rasa
andai degupan jantungmu makin kencang
tandanya hatimu ingin menyatakan
"Inilah yang aku mahu."
Hati sukar menipu
walau akal sering menipu hati.
Titik.
10 comments:
atau buat solat sunat istikarah..itu lebih afdal
yupss tanya hati tapi kekdang hati pun confuse dgn akal bila berfikir tok 2-3 kalinya..
iya.
apabila akal berjaya tafsir apa niat hati maka hilang debar itu...
>>bukankosong
betul tu :) the best way! :D
>>Jna marcello
kadang2 hati dan akal perlukan rehat mungkin :D hee
>>Rapunzel
:) *angguk 3x* hehe
kalau hati sedang nazak hampir tak bernadi bagaimana nak tanya hati?
>>raisadora
maaf saya bukan doktor hati :'(
kalau hati sedang nazak, mesti akal juga seakan-akan sudah mati. waktu tu, hanya satu tempat untuk kita mengadu. kita ada Tuhan yang selalu ada untuk kita. mungkin kita takkan dapat jawapan secara terus, tapi masa akan tentukan. (ayat klise sangat huhu) just guna apa yang kita ada, mata masih mampu melihat, buka mata, pandang sekeliling. pasti ada jawapan tersembunyi :)
terpanjang pulak taip :D sori kalau tak memuaskan hati.
kadang hati selalu menipu. hmmm
>>Afi Luffy
hati menipu sebab mengikut kehendak kita :)
nak jadi follower ke 1000 kene tgu 5 tahun lagi la kot...ahahaha
Lapangkan dada...saya setuju.
Pejamkan mata...errr takut terpejam terus. Ngantuklah tu....hehehe
Salam kenal dari saya :-)
Post a Comment