Sial!
Bila mana hati ini kau hancurkan
Dan kau pergi tanpa menoleh aku lagi
Kau telah aku bunuh bersama angan dan mimpi
Sesaat kau hadir dan membahagiakan
Dan sesaat juga kau perlu untuk mengecewakan
Bodoh aku kerana mempercayai
Bodoh aku juga kerana terlalu mengasihi
Matilah kau dengan segala janji manismu
Moga kuburmu tak bernisan bertanda
Moga jasadmu hancur dimamah waktu
Kalau ku tahu begini akhirnya
Tak aku serah jiwa untuk dicintai
Kalau ku tahu begini sakitnya
Tak aku tunduk dengan janji-janji
Sial!
6 comments:
Hiduplah kau dengan dendam.
owhh,..sakitnya
ouchh
Di sebalik senyuman itu
Tersimpan sebuah hati yang luruh
Kini retak dan pecah seribu
Entah mampukah bertahan teguh
Seorang pakcik pernah menasihatiku
Memaafkan adalah ubat yang paling ampuh
Bukalah buku baru
Semoga cepat sembuh
:)
terfikir,mungkinkah aku pernah menjadi si sial itu..
like lah dinda
terima kasih kanda.
bukan niat mahu hidup dalam dendam,
atau tanpa mahu buka buku baru dan cuma pegun di depan buku yang sama.
Tapi, soal hati. :)
Kanda faham bukan?
Post a Comment