October 05, 2012

Adanya Aku

Baringlah di atas ribaan
Rebahlah di dalam pelukan
Betapa ingin tangan kasar ini
Menyeka setiap titis air mata itu
Agar yang tinggal hanya senyuman manis
Dan menghilangkan rasa sepi di hati

Lalu;
Terus-terusan
Ukirkan senyuman
Dan ingatlah
Pundakku sentiasa menanti
Di sini; sentiasa.

www.tips-fb.com

2 comments:

EZAN IDMA said...

bertuah sungguh wanita yang bakal rebah dalam pelukan mu :)

Ariff Masrom said...

Wanita itu akan saya cuba bahagiakan sebaik mungkin. :)