Aku mahu jadi pencuri,
Bukan sebab aku tak punya kerja
Bukan sebab aku nak jadi kaya
Tapi sebab aku cinta!
Aku mahu jadi pengkhianat,
Bukan sebab aku tak setia
Bukan sebab aku nak derhaka
Tapi sebab aku cinta!
Aku mahu jadi pembunuh,
Bukan sebab aku nak tambah dosa
Bukan sebab aku nak masuk neraka
Tapi sebab aku cinta!
Ya. Semua sebab cinta.
Cinta pada manusia.
Manusia itu dendam.
Dendam kena balas.
Aku mahu jadi pencuri hati kau
Kau potong hati aku--cantum
Aku mahu jadi pengkhianat hati kau
Kau pancung hati aku--buang
Aku mahu jadi pembunuh hati kau
Kau semadikan jasad aku
Hati ini kau hukum gantung saja
Biar sekejap cuma rasa cinta tapi cukup buat aku bahagia
Pergilah bersama derita yang lain
Aku nikmat disini
Terima kasih untuk rasa yang dipinjamkan
1 comment:
pahal jiwa kacau sangat ni? hahahaha!
Post a Comment