December 13, 2010

#8: "Tiada Tajuk"

Kala malam tiba kita menanti siang..
Kala hujan turun kita menanti panas..
Ahhh..
Mengeluh!

Pabila pelangi bersinar senyum tawa riang
Pabila angin bertiup senyum tawa riang

Oh..
Terharu!




www.tips-fb.com

December 12, 2010

Apa rasa jadi ...


nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah pakai seluar koyak sampai buku lali

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah pakai baju lusuh sekali

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah hidup seorang diri

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah jadi stalker tegar sejati

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah minat bola macam boleh dibawa mati

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah buat kerja di waktu paling hujung sekali

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah hidup waktu malam mati di siang hari

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah buka muzik paling menyakitkan hati

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah untuk tiada duit setiap hari

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah untuk cari yang terpelik sekali

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah suruh abang kakak beranak reramai lagi

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah tunggu bulan jatuh ke bumi

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah letak klimaks hati di bawah kaki

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?
cubalah berhibernasi berkali-kali sehari

nak tahu apa rasa jadi zulkhairi?

pejamlah mata

muhasabah diri

patutkah kau jadi macam aku ini :)

:)


p/s: EliJay,aku dah tunaikan permintaan kau! hahahahaha(aku edit sikit.haha)

www.tips-fb.com

December 11, 2010

k a n c a h


kumpulan abdi
selalu ditapak
selalu ditempelak

kumpulan tuan
selalu berfoya
selalu berpada


abdi ini sebenarnya tuan
tuan pula tak sedar diri
kalau tiada ikut adat
berpeleseran saja tuan berlari
dek dihambat abdi.


sedarlah tuan
hidup kau dikerjakan abdi saja.

www.tips-fb.com

alah bisa tegal biasa.

ada apa dengan alah ?
ada apa dengan bisa ?
ada apa dengan tegal ?
ada apa  dengan biasa ?
apa yang alah ?
apa yang bisa ?
apa yang tegal ?
apa yang biasanya ?
pepatah memang kata "alah bisa,tegal biasa"
tapi,kalau dah hari-hari berbisa,
takde lagi tegal,takde lah lagi biasanya.
yang ada cuma "kesan-kesan bisa"


*hati mati.
www.tips-fb.com

December 10, 2010

no 13 - apa rasa?

apa rasanya jadi Siti Nurhaliza?
apa rasanya jadi orang bernama Nabilah?
apa rasanya jadi lelaki bermata biru?
apa rasanya jadi penjaga bangunan usang dan berhantu?
apa rasanya jadi wanita seksi bersepatu 5 inci?
apa rasanya jadi orang sakit menunggu mati?
apa rasanya jadi pemberi pelukan percuma?
apa rasanya jadi penari bogel separuh masa?
apa rasanya jadi biseksual metroseksual?
apa rasanya jadi pengikut trend urban kasual?
apa rasanya jadi pembikin filem mandiri?
apa rasanya jadi orang yang tak pernah berpijak atas kaki sendiri?
apa rasanya jadi orang yang berani?
apa rasanya jadi orang yang tak punya hati?
apa rasanya jadi kucing parsi?
apa rasanya jadi makhluk Venus yang tersesat di Bumi?


apa rasanya,


jadi pencinta yang tak pernah dihargai?
jadi pengemis perhatian yang tak pernah tersedari?

www.tips-fb.com

16 angin langit

Kiam perdu rahim
menggadai mimpi
angkara kesumat
terbit fajar daerah
gurindam neraka- neraka kecil
syair merdu,halwa
peratap kematian
menyelinap silam
tersirap darah-darah nyilu
kian menjadi sungai tak bermuara

dingin kencang pendekar
mengatur langkah warisan
sesudah mentara seni
bertutur gagah tanpa pertiwi gundah
menerobos segenap semangat jendela
penutup jalinan kesaktian perwira tua
mencari sisa nafiri amarah

dendam lalu
sebuah cacatan tebal penghulu
menulis tekun dalam neon purnama gering
jelas tiada iringan gemerlap bintang
menyihir kewarasan
kedangkalan insan bergelar kamil
menuntut murahan kemanusian
dalam kronologi bayangan tenat

-puisiwatan-
www.tips-fb.com

lewat hujan di Kinabalu

aku menulis dan baling kertas berlipat itu
tepat terkena dahinya
dahi yang 12 jam memandang lukisan
dan 12 jam lagi bersama heningku

dia yang masih sibuk bermain lukisan lukisan roda
dan tangan yang sudah tiga abad bersama-samanya itu
tetap tidak juga tertarik
untuk membuka kembali kertas itu

aku kalah dan dikalahkan .

lewat hujan petang yang bersiul lemah bersama Mocha Et's dan
sejadah tempat kami teguhkan tiang itu ,
baru aku tersedar
yang dia sentiasa menyalin tulisantulisan kertas ku
dalam sekeping doa
malah dalam setiap hela nafasnya
dan selagi ada halal antara kami www.tips-fb.com

December 09, 2010

p e n a t


kau nak tahu?


walaupun,
selangkah tepi aku jauh dari kau
dua langkah kau dekat dengan aku

walaupun,
berlari aku mahu tinggalkan kau
terus berpecut kau kejar belakang

walaupun,
sesaat saja pun aku lupakan kau
separuh saat kau akan muncul

walaupun,
setahun aku buat kau menunggu
selamanya kau tetap di situ

walaupun,
bertumbuk padu aku halakan kau
bertangan tepis kau mengelak senyum

walaupun,
acah-acah aku melayan diri kau
pun sungguh-sungguh kau bermanja

walaupun,
penat aku memaksa kau selalu
bersemangat degil kau menerima

walaupun,
aku cuba melenyapkan bayang kau
kau tetap ada saja di mana-mana



pening
pusing
semuanya lah.



sebab hati aku berpahat diri kau, gemok.

www.tips-fb.com