January 14, 2012

Kehilangan (VII).

(Perempuan,)


hatinya sudah mereput 
rapuh di antara penipuan
dan janji yang menghilang
dalam hujan malam
ini yang dingin,
gelap lagi
melemaskan,


dan hujan malam ini 
yang dingin tidak 
mampu lagi untuk
menyembunyikan air
matanya yang
mengalir.


(Lelaki,)


petikan gitar lusuh
tidak lagi kedengaran
di sebalik bunyi tembok
keegoan yang runtuh.





www.tips-fb.com

5 comments:

Shukri Mohd Ali said...

oh.

pisau belati said...

sayu hati...

Siti Zafira said...

ren, i dont know why. i found no melancholy here. i found beautiful. yes, a very beautiful poem.

محمد رازيق said...

hiba, terus hiba. menarik

Ren Razali said...

Terima kasih semua :)