June 15, 2012

persalinan emas maharaja.


aku tinggal-kan persalinan emas sang maharaja dunia
benar di kata orang, aku sudah buang sesuatu yang ingin-sangat di miliki
pangkat dan kedudukan.
serius, aku ingin ke kembali ke asal.


asalnya manusia dari tanah.
berjayanya manusia asal dari bawah yakni daratan.
mendongak ke langit kerana cita-cita, juga impian.


ini sikap.
kadang-kala, aku kesal dengan manusia.
kadang-kala, aku takut dengan manusia.
paranoid dengan pengalaman silam.


kali ini, aku terkena.
buat aku berfikir untuk kembali ke asal.
persalinan emas ini masih belum sesuai untuk aku.


kerja keras. passion. juga, ketabahan.


selamat tinggal,
persalinan emas ini aku tanggalkan
untuk kembali kepada keluarga juga pulau kelahiran.
kerana aku yakin,
baju emas untuk berlagak seperti maharaja itu bukan milik aku.




p/s:
kita tak boleh lari dari membesar untuk kejar cita-cita. sesetengah orang tak sabar-sabar, some kalau boleh tak nak. well, actually semua orang akan go through phase tak sabar-sabar and kalau boleh tak nak tu. semua tu just the matter of time. sebab tu ramai manusia musnah kerana ketamakkan diri sendiri. tapi, bukan aku.
www.tips-fb.com

No comments: