Bermesra dengan gitar
Di beranda rumah sambil melihat taman
Ditemani secawan kopi hitam pekat
Sepinggan kek pisang lembut
Angin bertiup lembut menggerakkan rambut
Tangan terus memetik gitar
Memainkan lagu-lagu gembira dan bahagia
Pembantuku mengganggu waktu privasiku
Aku didatangi seseorang
Mencari aku yang sedang bahagia
Katanya dia Si Sejarah lama milikku
Aku hanya tersenyum
Katakan pada dia
Aku tidak mahu berjumpa dengannya
Sudah tiada apa lagi untuk berbicara
Tiada lagi teka-teki yang perlu dijawab
Kehadirannya, sia-sia untuk kami.
Dan sejarah hanya tinggal sejarah
Tidak lagi dikaji.
No comments:
Post a Comment