December 16, 2012

Mimpi


Semalam aku bermimpi lagi
Aku bacakan puisi cinta remaja
Perlahan-lahan ke telinganya
Dia hanya tersenyum mendengar
Setiap kata yang aku bisikkan
Dan aku terus memanjat langit
Ku ambil awan dan ku gulung-gulungkan pada kayu
Lalu aku berikan kepadanya
"Nah...gula kapas. Paling manis, untuk gadis yang manis seperti kamu."
Dia tersenyum sambil menikmati gula kapas
Dan mimpi itu buat aku rasa gembira
Kerana dia kelihatan gembira di dalamnya
www.tips-fb.com

3 comments:

Najwa Samlan said...

so sweet..

3no gr33ny said...

hamba suka melayani puisi tuan pemilik kata-kata ini...ada antara puisi yang hamba jadikan koleksi peribadi

Ariff Masrom said...

Terima kasih... :)