March 22, 2012

Ego




Tetap kau berasa angkuh,
Melihat mereka yang kalah,
Dalam pertarungan ego yang tak sudah,
Rebah ke lantai; melutut,
Hanya tinggal sedikit nafas,
Menunggu serangan terakhir daripada kau yang menang.

Dan bila kemenangan tercipta,
Ego kau mula menggila,
Jiwa kau kini kosong,
Dikuasai rasa angkuh dan sombong,
Tanpa harus kau merasa,
Kau dan mereka sama; tiada beza.

Dan bila jiwa kosong tiada lagi warna,
Kau rasakan ego bukan kemenangan sejati,
Ia hanya rasa yang membunuh,
Menikam, menyucuk,
Membelah, menyiat,
Setiap inci susuk tubuh mu,
Dan kau masih berjiwa kosong,
Tiada rasa;
Kosong.

Dan kau kini,
Melihat mereka yang kalah,
Sayup kelihatan,
mereka itu,
Kau. www.tips-fb.com

March 20, 2012

Jika



Jika mencintai kamu itu suatu dosa
Maka aku sanggup terhukum
Pada setiap kebangkitan.

www.tips-fb.com

March 19, 2012

Plastik

Kau renung aku,
Tajam mata kau menikam ke jantung aku,
Debar, resah semua menjadi satu,
Kenapa begitu?
Apa dosa aku?
Apa salah aku?
Kau benci aku?
Meluat atau tak suka melihat aku?

Aku cuma meluah apa aku rasa.
Tentang cinta yang terbina sekian lama.
Aku cuma ingin kau sedar,
Betapa bermakna kau dalam hidup aku.
Tapi kenapa ini yang aku terima?
Jeligan sinis penuh rasa jelek
Hina sangat ke aku ini?

Oh, kau pasti malu memiliki seseorang seperti itu
Tidak cantik seperti yang selalu kau kejar
Tidak molek seperti yang selalu kau damba

Pasti kau menyesal kini kerana mengenali aku
Gadis tak sedar diri tak tahu malu
Mengejar-ngejar cinta kau 
Pasti itu yang kau rasakan? 

Kecantikan itu terletak bukan pada susuk
Kecantikan letak pada hati
Pada pekerti
Pada hati budi
Pada tutur bicara menyenangkan hati

Aku tahu aku cuma gadis jelek 
Yang cuba memenangi hati kau
Yang cuba memikat semahu aku
Yang akhirnya aku sedar aku tewas
Tewas dengan kehendak dan naluri kau sendiri

Sayang,
Aku bangga dengan siapa aku
Persetan dengan kata hina keji kau
Kerana setidak-tidaknya 
Aku tidak memperbodohkan diri aku
Demi meraih cinta plastik kau.


- jadi diri kita. persetan kata dia. kalau dia benar mahu kita, seadanya dia menerima. Hey, hati besar kita cuma untuk yang tahu menghargai kita. Kan? :) -


www.tips-fb.com

March 16, 2012

KENAPA?


Kenapa kekasih ku bukan seperti kau?
Yang memahami setiap detik sibukku
Membawa aku terbang melayang
Tatkala beban menghempap aku
Masalah menyekat udaraku
Memberi aku ruang untuk bernafas

Kenapa bukan saja kau menjadi kekasihku?
Biar setiap  langkahku menjadi mudah
Hidup goyah menjadi lancar
Tanpa ada cemburu yang membuta
Si sangsi yang menjadi raja
Agar setiap derap kakiku senang melangkah

Kenapa kau bukan kekasihku?
Sentiasa memangku ku saat aku lemah
Membisikkan kata semangat ketika mata terpejam
Merasukkan jiwaku kembali bertenaga
Tetap disana saat aku pergi seketika
Hanya sedetik demi senyuman kau nanti

Dan kau mahu tahu kenapa aku bukan kekasih kau?
Kerana kau sedang menjalani apa yang tertulis
Diberi peluang mengenal insani duniawi
Membuka perasaan menghargai jiwa
Agar kau celik tentang kehidupan pinjaman
Supaya tuamu tidak diakhiri dengan penyesalan.
www.tips-fb.com

March 11, 2012

Berhenti



Saat aku berhenti menghubungimu
Berhenti mencintaimu
Berhenti mengingatimu

Ialah saat aku pergi menemui Tuhanku. 

www.tips-fb.com

March 06, 2012

no 33 plastik

baca blog Fynn Jamal dan Wany Ardy dah terus boleh mengarang puisi. sedangkan orang lain boleh bergerak tanpa rujukan. 
www.tips-fb.com

Sembelit

Penantian itu
kadang-kadang
seperti sembelit.

Diteran-teran,
dierang-erang,
ditunggu-tunggu,

tapi akhirnya

hasilnya cuma seketul tahi,
yang berdarahnya bunga dubur sendiri.

ish ish ish.
pedih tak? www.tips-fb.com

March 03, 2012

Beyond


Me and my family before I'm off to the universe.

 I would go beyond universe
For your love.

www.tips-fb.com