March 19, 2012

Plastik

Kau renung aku,
Tajam mata kau menikam ke jantung aku,
Debar, resah semua menjadi satu,
Kenapa begitu?
Apa dosa aku?
Apa salah aku?
Kau benci aku?
Meluat atau tak suka melihat aku?

Aku cuma meluah apa aku rasa.
Tentang cinta yang terbina sekian lama.
Aku cuma ingin kau sedar,
Betapa bermakna kau dalam hidup aku.
Tapi kenapa ini yang aku terima?
Jeligan sinis penuh rasa jelek
Hina sangat ke aku ini?

Oh, kau pasti malu memiliki seseorang seperti itu
Tidak cantik seperti yang selalu kau kejar
Tidak molek seperti yang selalu kau damba

Pasti kau menyesal kini kerana mengenali aku
Gadis tak sedar diri tak tahu malu
Mengejar-ngejar cinta kau 
Pasti itu yang kau rasakan? 

Kecantikan itu terletak bukan pada susuk
Kecantikan letak pada hati
Pada pekerti
Pada hati budi
Pada tutur bicara menyenangkan hati

Aku tahu aku cuma gadis jelek 
Yang cuba memenangi hati kau
Yang cuba memikat semahu aku
Yang akhirnya aku sedar aku tewas
Tewas dengan kehendak dan naluri kau sendiri

Sayang,
Aku bangga dengan siapa aku
Persetan dengan kata hina keji kau
Kerana setidak-tidaknya 
Aku tidak memperbodohkan diri aku
Demi meraih cinta plastik kau.


- jadi diri kita. persetan kata dia. kalau dia benar mahu kita, seadanya dia menerima. Hey, hati besar kita cuma untuk yang tahu menghargai kita. Kan? :) -


www.tips-fb.com

2 comments:

Edy said...

aku fikir ini sajak dari Eli Jay ; no 33 plastik. sekali baca nama penulisnya, Mell rupanya.

patutlah panjang puisinya. dedicated gitu.

Mellyana Sara said...

hikhikhik! :)

mengkompiuskan ke? sorry2. Eli Jay selalunya ada # <-- identiti dia ni. hehe!