March 28, 2012

Rasa.

Kau pernah rasa begini?

Kau bernyawa,
Tapi kau mati.

Kau melihat,
Tapi kau buta.

Kau berkata-kata,
Tapi tanpa suara.

Kau nampak,
Tapi tak mampu tegur.

Kau sayang,
Tapi tak mampu ucap.

Kau bernafas,
Tapi tanpa udara.

Bagaimana hendak aku terangkan,
Tapi, ini yang aku rasa sekarang.
Mungkin aku terlalu berharap pada "tapi",
Dan ia menghalang aku melakukannya. www.tips-fb.com

1 comment:

Anonymous said...

kata pada dia.kerna kau kenal dia.

pada aku
jangan kau katakan cinta
kerna cinta
dalam hati aku
memang ada
tapi hanya untuk dia
bukan kamu, bukan mereka

aku tak mampu memaksa
hati untuk menerima
selain dia

dan aku juga tak mampu
untuk menolak rasa ini pergi jauh

dua-dua
bebankan aku
sakitkan aku
sesakkan aku

biar aku disini
tanpa kamu, tanpa dia

biar aku, pandang ke langit biru
dan berdoa
Tuhan, beri aku kebahagiaan

aku tak mahu mereka sakit kerna aku
dan aku tak mahu lagi sakit kerna dia
lepaskan segalanya

kau cinta aku; namun aku cinta dia
dan dia tak cintakan aku;
juga aku tak cintakan engkau

ini satu kenyataan
yang pedih untuk ditelan