Persoalan,
Membeku di dalam otakku,
Menjerut,
Membelit,
Mengikat aku,
Sakit.
Sedang aku membuang masa,
Bersiar-siar di alam maya,
Ia semakin kuat,
Aku seperti tidak bergerak,
Bukan tidak mahu, tapi tidak mampu,
Macam patung berdiri kaku.
Ia turun menyusur,
Ke setiap pelusuk tubuh,
Aku yang kini terbaring,
Di atas katil petak ungu,
Kaku tidak bergerak,
Membiarkan ia lakukan apa ia mahu.
Lalu ia mencarik mataku,
Buta akh kini,
Dan ia menggigit gegendang telingaku,
Pekak aku kini,
Dan ia memamah hidungku,
Hilang kuasa menghidu,
Memotong lidahku,
Tanpa deria rasa aku kini.
Kosong.
Dan aku,
Mati di sini,
Di tilam petak ungu ini,
Sendiri.
2 comments:
sendiri bukan sepi...
sendiri itu berani..
Berani untuk apa?
Post a Comment