March 31, 2012

Petualang Di Pinggir Kota Kuala Lumpur

Yang mengumpul cerita,
itu, kita;
gelandangan hilang tuju,
kala angin tak bertiup,
suria garang menyinar,
awan bersembunyi di tabir langit.

Yang menulis kisah,
itu, kita;
bohemian tak bersuara,
tercicir kertas,
pena tak berdakwat,
jurnal dicuri sang perompak.

Segelas Teh `O’ Ais,
sepinggan roti canai,
kuah kari dan dhal,
serta selautan manusia;
di celah-celah kegilaan,
kita akhirnya menjumpai bejat itu.


31hb Mac 2012, 14:56. www.tips-fb.com

3 comments:

Siti Zafira said...

Aku mengagak dan agakanku tepat. Ah, aku terkena lagi.

Edy said...

:3

Nyannn~

Martini Muaz said...

Er..selamat datang Edy :3