October 31, 2011

~ B a h a g i a ~

Aku juga ingin miliki bahagia.
Aku juga ingin miliki yang aku pingin.

Tapi bukan dengan megah memijak mahligai yang lain.
Tapi bukan dengan bangga membunuh jiwa yang lain.

Ingat itu KAMU~

www.tips-fb.com

Roda

Jangan terlalu cepat,
kau rasa selesa, tapi ingat lah bukan selamanya,
rasa bongkak penuh dalam hati,
saat kau berada di atas,
di bawah kau pandang sebelah mata,
lebih hina, mungkin ludah kau itu kau anggap ucapan,
Ah, kau teruk,
sombong, berlagak, ego,
bukan selamanya kau di atas,
baru sebentar kau di beri peluang berada di sana,
tahu roda?
dulu kau berada di atas,
sekarang di bawah, baru kau sedar,
ludah kau tadi bahasa yang sama orang di atas kau ucap pada kau sekarang. www.tips-fb.com

October 29, 2011

Awan

Aku tercipta dari kamu,
dari setiap titis air mata itu,
mencipta gumpalan wap air di atmosfera kamu,
melindung mu, menjaga mu,
aku melihat mu dari atas,
dan ya, jika diberi peluang,
aku mahu jadi awan itu,
selamanya. www.tips-fb.com

October 28, 2011

Tembok

Aku dengar, setiap hari,
aku lihat, gerak geri,
aku hidu, bau wangi,
aku rasa, bila kau ada di sini,
kau ku hampiri,
tanpa kau sedari, sedikit demi sedikit,
aku mengenali diri kau,
tetapi sayang, ada tembok,
tembok tinggi, halang aku untuk pergi lebih jauh,
tapi sayang, jangan risau,
kali ini peralatan aku lengkap,
tembok setinggi mana pun akan ku daki,
hanya untuk bersama kau,
ya, hanya kau. www.tips-fb.com

formspring.me

tanya lah...tanya... http://www.formspring.me/cikanonymous www.tips-fb.com

Tangisan Si Gadis

Jangan menangis, gadis,
Aku disini, sentiasa ada,
Mengapa menangis sendirian,
Kongsi kesedihan mu,
Aku disini, sentiasa ada,
Luah perasaan sakit itu,
Aku disini, sentiasa ada,
Ah, ini gila,
aku tak nak tengok dia menangis,
tidak lagi,
bulan, tolong aku sekali lagi,
ucap selamat malam aku pada dia,
Terima kasih, bulan. www.tips-fb.com

Mainan Lena

Tik tok tik tok
bandul itu masih berayunan,
anak mata mengikut setiap ayunan,
perlahan-lahan kelopak menutup kesedaran.
Sinaran menerpa,
Situasi di sekeliling ibarat pernah dialami,
ada pokok, tanah, telefon,
minda masih menyesuaikan keadaan.

Satu bayangan pula menerpa,
Tanganku disentuh halus,
dengan kulit yang mulus,
Keharuman rambutnya jelas terhidu,
Dan sedikit demi sedikit,
Ciumannya sampai kepada ku.

Pejaman terhenti,
jarum pendek ada di nombor 6,
sudah tiba masa untuk sedar,
dan persoalan sama tetap hadir,
Siapakah yang hadir semalam?
Wajahnya,
masih samar-samar.


mood:i'm back www.tips-fb.com

October 27, 2011

Selamat Malam, Bulan

Detik demi detik,
tanpa aku sedar jarum jam menghampiri angka 12,
ruang legar rumah bergema dengan bunyi jam di dinding,
perbualan kita berlegar di minda,
saat gangang telefon di letak,
kau yang pertama muncul di kotak minda,
sebelum mata ini ku pejam,
aku melihat ke bulan,
yang tersenyum melihat aku di sini,
sambil melemparkan ciuman selamat malam daripada aku,
kepada bulan aku berkata,
"katakan padanya, aku rindukan dia".
Selamat malam, bulan. www.tips-fb.com

October 26, 2011

Jatuh

Lemah,
aku manusia lemah,
jatuh itu kebiasaan buat aku,
tapi, jatuh kali ini berbeza,
tanpa kehadiran daya graviti,
jatuh kali ini buat aku terapung di udara,
jika ada perkataan lebih indah daripada indah,
begitu lah aku rasa sekarang,
tanpa dipaksa,
aku jatuh.

P/S: *aku tersenyum semasa menulis* www.tips-fb.com

Munafik II


Cintaku yang masih belum bulat,
menanam angan membersih jagat.

Duhai,
apakah munafik itu kini adalah darah-darah mukmin
dan cakap-cakap syurga sebenarnya mencelaka.

61:2,
selalu kubawa
dan ada waktu-waktunya
kuhadamkan;
kontan kujadikan tinja.

Sindir-sindir akal (dan mungkin barangkali syaitan):
"aku sang pendosa modenis mengharap syurga yang paling manis."
www.tips-fb.com

October 25, 2011

aku rindu kau.kau rindu aku tak?

pulau kecil kebanggaan
aku rindu
pantainya, bayu laut, keriangan
tanpa sesak jalanraya, persaudaraan sini-sana
ketenangannya.

kalau bisa,
ingin aku rasakan kembali
saat aku berjalan sendiri
udara dan ketenangannya menemani

sisir pantainya
yang pernah ketemukan aku dengan si pencinta
selusuri semua pantai kenangan.
pantai itu cinta, kerna cinta itu bisa saja bercanda di pantai ;)

tuhan,
hati kecil ini berbisik,
"apakah warga pulau kecil masih rindukan aku?"
atau,
hanya aku menyisip kenangan dan dewasa bersama senyap warganya?

pulau kecil,
aku rindu kau.kau rindu aku tak?

p/s:
Aku Anak Labuan. www.tips-fb.com

pernah?

lalu
jalan yang masih sama
bertangankan asal kita,tanah
berdongakkan arah doa kita,langit

lalu
aku masih tersandar
mencari
apa jika aku mati dahulu
dan aku akan tetap mencari matahari di tengah malam
menyusur angin seperti lautan

adakah sakit itu selamanya akan ada
adakah hati itu selamanya akan berhenti merindu

dan kosong juga masa nanti
jika dia tiada dan hanya tinggal nama 


www.tips-fb.com

Sesal

Ini celaka,
rasa ini memang celaka,
aku pernah rasa,
kau pernah rasa,
mungkin semua orang pernah rasa,
tidak, semua orang pernah rasa,
menyesal adalah rasa yang paling celaka,
aku tak nak merasainya lagi,
TAK NAK!

www.tips-fb.com

October 24, 2011

NUR KEALPAAN

hilang.
pemergian yang diredhai dengan hati yang kabur.
rindu.
saja biarkan syaitan menghasut bila ego dijulang.
sunyi.
apabila malam mencengkam jiwa yang kacau.
kesal.
baru teringat antara kemenangan iblis.
.
.
.
.
.
hamparan sejadah sepertiga malam.
tangisan esakan memainkan melodi
mengadu pada yang Esa
setelah nur bersinar dari kealpaan.
www.tips-fb.com

October 23, 2011

Penafian.


Kalau
cinta ini
sekadar
permainan
buat kamu,
aku akan
menghilang
pada helaan
nafas yang
seterusnya.

www.tips-fb.com

Sayang

Aku rindu,
aku sayang,
siapa?
Kau.
www.tips-fb.com

October 22, 2011

PERJANJIAN

kita duduk di bawah bumbung bintang
iris bertemu iris
senyum berbalas senyuman
mengulang kembali detik lalu
peristiwa perkenalan dua jiwa
berkias tentang kehidupan
mengimpikan raja dan permaisuri hati
melakar perjalanan yang kabur
tanpa sedar kau dan aku
meletakkan satu perjanjian
walaupun tak terucap sang lidah
tapi terpatri pada sang hati. www.tips-fb.com

October 21, 2011

AKU RINDU

aku rindu.



saat



dipimpin.
ditegur.
ditegah.
dimarah.




lemas dalam khayalan dunia.
sehingga aku lupa pada akhirat.





aku rindu.



saat 




aku yang dulu.
kehidupan yang dulu.
kenaifan yang dulu.
tapi
bukan dia yang dulu.






aku rindu.


pada pemimpin yang bawa aku ke syurga bukan ke neraka jahanam.
www.tips-fb.com

October 20, 2011

Hispokrandomus Santai-santai Rentilia Nokturnalius

Kadang-kala,
pembohongan
adalah
keselesaan
yang
paling
kerap
kita
ucapkan;
sengaja
ataupun
tidak.

Mengakulah.


www.tips-fb.com

October 18, 2011

Bintang

Janganlah menangis,
kesat semua air mata,
aku disini, sentiasa di sini,
dimana-mana bintang itu,
yang kelihatan di wajahmu,
setiap kali senyuman manis terlakar,
biarkan kesedihan itu hilang,
pergi dari sisimu sayang,
Janganlah menangis lagi,
Aku ada disini, menemani dirimu,
Sentiasa menyayangi. www.tips-fb.com

October 17, 2011

untuk awak "kawan"

Saya minta awak doakan saya,
Kata awak,doa awak untuk kawan tak pernah putus
Tapi,
Saya tak pernah anggap awak Cuma kawan  saya.
Dah lama sebenarnya,
Saya.cinta.awak.diam.
www.tips-fb.com

Kosong

Sepuluh,
daripada sepuluh orang bersama aku,
seorang demi seorang pergi,
Sembilan,
aku terus hitung mereka yang pergi,
Lapan,
aku semakin pandai mengira,
aku tahu semua akan pergi,
Tujuh,
aku terus mengira,
tertanya-tanya selepas ini munkinkah aku,
Enam,
kali ini aku rasa sedih,
kemana mereka semua pergi, aku tertanya-tanya,
Lima,
Genap seminggu, aku kehilangan,
tujuh semuanya,
Kosong,
mereka pergi bersama-sama,
tidak tunggu aku, mungkin tidak sanggup,
melihat aku sedih, melihat semua pergi.
Aku, kosong. www.tips-fb.com

October 16, 2011

e m b r a c e


speaks through the wind
see through the light
touch through the sense
and 
you will feel through your heart.
www.tips-fb.com

Dunia

Dunia oh dunia,
yang cantik di puji,
yang buruk dimaki, dicaci,
yang kaya di sembah,
yang miskin dibuang, tak ubah seperti sampah,
orang mencari kemewahan harta,
tapi bukan budi bahasa,
aku tertanya-tanya sampai bila,
tapi aku tahu, masanya akan tiba,
semuanya akan tamat, sekelip mata,
dunia oh dunia. www.tips-fb.com

October 12, 2011

Jiwa

Dia tidak tahu...ya, aku sayang,
Hati aku ini kosong, adakah kau mahu menumpang?,
Jiwa ini kosong, adakah kau mahu isikan?
Seperti mana bunga-bunga,
Aku juga inginkan kembang yang sama di hati aku,
Perkara paling mencabar bagi aku,
Mata aku, mata kau, bertentang,
Mulut dibuka, dan aku ucap,
" Mari kita halalkan hubungan ini. Mahu? ". www.tips-fb.com

October 11, 2011

~ S y u k u r ~

Aku bagi kamu mungkin satu KESILAPAN
Tapi kamu bagi aku adalah satu KESYUKURAN


www.tips-fb.com

kanser perasaan

setiap hari,
doa dan pinta aku pada tuhan,
agar memelihara  hati kecil yang rapuh ini,
dari jatuh cinta dengan yang bukan jodoh aku.


bila dah kena "kanser persaaan",bukan mudah untuk disembuhkan.
lebih rela aku digelar "HEARTLESS" www.tips-fb.com

October 10, 2011

Neraka

Kau lihat kiri, kau lihat kanan,
kau tertunduk, menutup muka,
kau lalu lorong yang gelap itu,
tanpa fikir panjang,
kau caci, kau maki,
tentukan pahala, kau berikan dosa,
tentukan ke syurga, atau ke neraka,
kau menibang tanpa neraca,
di dunia yang kau menumpang sementara,
kau tiada beza seperti mereka,
kau kosong, tiada kuasa,
kau juga akan ditimbang,
yang pasti, masa itu akan tiba,
ketika itu baru kau tahu,
ke syurga teratas, kau pergi,
atau ke neraka terdalam penuh api. www.tips-fb.com

~ L u k a ~

Kadang manusia
mungkin tak sedar.

Bahawa dia sedang
membalut luka sendiri
dengan tangisan manusia lain.


www.tips-fb.com

October 09, 2011

Puisi Bulan pada Sembilan Oktober.

dan lihat
bulan gelintin
mengetuk pintu rumah kami
memancar cahaya seribu berkat. www.tips-fb.com

no 27 dia tu aku

seorang dia berjalan menuju ke aku dengan parang di tangan kanannya. dia genggam kemas-kemas. ada aura tak baik pada diri dia. ini pasti kurang enak.

HOI, KAU!, jerit dia. aku?, aku kata. HA LAH, KAU LAH, dia tengking. parangnya ditetak pada meja kayu. betul-betul depan muka aku. molek benar cara kau ni, aku sindir. dia masih tetap dengan dahi yang berkerut, telinganya berasap dan mukanya merah padam.

marah betul?, aku tanya. aku buat-buat senyum ikhlas. dia diam. apa masalah?, aku tanya lagi. kali ni dia acukan parangnya tepat ke hidung aku. aku mula lah gabra. rilek lah weh, aku kata. sambil aku cuba nak tolak parang dia dari peratusan kemungkinan menghiris hidung aku. 

KAU BANYAK BUAT TAHI DENGAN AKU, jelas dia. aku hairan. siapa dia ni? kenal pun tidak, when on earth i have some little tiny time to spend just to make tahi for this fella? tiba-tiba aku jadi marah. telinga aku mula berasap. aku bet muka aku pun sama merah macam dia.

aku berdiri, tapi handphone aku terjatuh ke lantai. aku tunduk dan ambil handphone. waktu aku berdiri semula, dia tak ada di depan aku. parangnya pun tak ada. marahnya pun tak ada. asapnya pun tak ada.


aku jadi hairan. mana pergi dia? aku pusing-pusing sekitar warung kecil tu. aku lihat di bawah-bawah meja. aku selak alas-alas meja. aku tanya Pak Cik Sairan, mana pergi kawan yang mengamuk tadi tu? Pak Cik Sairan dengan ekspresi yang aku sendiri tak berapa nak pasti, halakan jari telunjuknya ke aku. 


oh, jadi...
rupanya dia tu aku.
www.tips-fb.com

Belum Masanya

Kau datang lembut kepada aku,
Tapi masih belum masanya,

Aku mula rasa sesuatu di dalam hati,
Tapi masih belum masanya,

Semakin hari semakin suka,
Tapi masih belum masanya,

Bertukar rasa sesama kita,
Tapi masih belum masanya,

Aku dah bersedia untuk semua,
Tapi sayang, masih belum masanya.


Maaf. Ini bukan masanya. www.tips-fb.com

Dan Kini Bukan Lagi Luka...

Ruang-ruang lembaran kertas,
Menjadi tempat susunan aksara,
Mengait bait puitisnya puisi biasa,
Memukul canang bukan gelandang jiwa.


Keladak duka dah lama tiada,
Daki mati kosong berganti cahaya,
Tiada duka semua senyum sahaja,
Cerita lama?
Maaf, aku dah usir kau lama.


Cerita itu kini sudah berpusara,
Tiada nisan terpasak bertanda,
Berlalang tinggi menjadi penaung setia,
Langsung aku tak ambil peduli,
Kalau teringat tiba-tiba,
Dari jauh aku talkinkan segera.


Yang kini,
Cuma aku dan dia,
Agoni-agoni aku dah tukar jadi rapsodi.





=) www.tips-fb.com

Kau Curi Hatiku


Malam itu kami menari bersama. Dalam renyai hujan. Dia pakai taxedo hitam dengan reben merah dileher. Dan aku gaun merah hati hingga ke kaki. Kami berpeluk berdua. Menari seakan dunia cuma milik kami. Kami menari dari Jalan Imbi ke Petaling Street. Berpusing-pusing di jalanan.

Dia bisik, " Sayang gembira? "
Aku angguk laju. " Sangat," kata aku.

Kemudian tahutahu aku sudah berada di apartmentnya di jalan Ampang. Dekorasinya cantik. Dinding putih, sofa putih, meja makan putih, rak TV putih.Oh, juga ada 3 kuntum ros putih dalam pasu. Kemudian dia tarik tangan aku suruh duduk di sofa. Aku ingin duduk terus tapi dia tarik suruh duduk dipangkunya. Aku malu.

" Kenapa merah pipimu sayang?"
" Aku malu. Tak biasa."

Ketawa. Itu jawapan dia. Kemudian dia kata,

" Sebentar, aku ke dapur. Ada sesuatu untuk kamu. "

Aku dibiarkan bersendirian di ruang serba putih itu. Aku bangun dan mnghidupkan suis TV. Cerita National Geography. Gajah takut tikus. Ah, bosan! Aku tukar ke siaran lain. Drama melayu. Si suami ditindas isteri. Boss dikeji pekerja. Ah, dunia. Bosan! 

" Sayang!"

Panggilnya sambil membenamkan pisau tajam di dada aku. Ditorehnya dalam-dalam. Memercik darah ke seluruh ruang putih itu. Di sofa, di dinding, di meja, di TV, di lantai. Di toreh dada aku seluasnya kemudian tangannya pantas mencari hati aku. Ya, hati aku. Bukan jantung, ginjal atau organ lain.

" Kenapa? " tanya aku.
" Kenapa apa " soalnya kembali.
" Toreh dada saya dan ambil hati saya? "

Jawab dia ,

" Biar aku ambil hati ini dan aku simpan. Biar aku jaga dan aku rawat. Aku tidak mahu ada lelaki lain yang curi hati kau lagi sebab hati itu sudah ada pada aku. Sayang, hati ini untuk aku kan? Jadi biarlah aku simpan. Kitakan cuma perlu jantung untuk hidup. Bukan hati. Jadi kau masih akan bersama aku. " Lalu dia ambil sekuntum ros putih yang terpalit darah aku, dipatahkan tangkainya, lalu ros putih diselitkan ke tepi telinga aku. Harum ros putih bergabung dengan hanyir darah aku.

Senyum. Aku dakap tubuhnya erat. Aku kucup pipinya. Aku elus jambang di wajahnya. Lalu aku bisik manja ke telinganya,

" Mari. Ke kamar. Aku rindu. "


p/s : oh~ imaginasi terlalu tinggi malam ini.
www.tips-fb.com

Crescent Moon's Lullaby.


Sleep tight,
little angel
of mine,
I will
be here
alongside
you,

through every
nightmares
and fears the
darkness contained,

and
when the dawn
breaks,
we shall
meet again.

www.tips-fb.com

Hujan

Hujan turun lebat hari ini,
tapi aku tetap berdiri di situ,
bersandar di dinding itu,
hari hujan, lebat sekali,
sepatutnya aku di bilik,
menongkat dagu di jendela,
melihat air hujan menitis di luar,
tapi, aku buat pilihan lain,
membiarkan air hujan menitis di kepala aku,
beza sungguh rasa ini,
dan, aku rasa yang hujan ini,
kali ini, pemberian-Nya untuk aku,
yang kering hatinya. www.tips-fb.com

kenapa ni?

ada yang tak kena--
seperti memeluk erat
tapi sebenarnya mendepa,
rasanya ditampar
padahal cuma diberi senyum,
macam mengunyah cili
sedangkan cuma lolipop.
ada yang tak kena. www.tips-fb.com

October 08, 2011

~ D i a ~


Ada sejenis manusia
Tidak punya suara
Untuk meluahkan
Hanya punya jari
Untuk melakarkan

Apa yang tersirat
Juga yang tersurat

Tapi
Masih juga kurangnya dia
Banyak lagi perlu dia
Jahit kemas dalam hati

Agar tiada nampak
Pada yang lain
Yang terhiris
Juga terluka

Agar tertutup
Punya yang lain
Agar bahagia
Juga yang lain

Semuanya untuk yang lain
Dia?


www.tips-fb.com

October 06, 2011

rasa seperti dulu

dingin udara pagi
menampar diri ke ingatan sisi gelap masa lalu.
"u can try to forgive, but u can't forget everything"
masa-masa lalu yang penuh kejahilan
adakala menghentam masa kini
perilaku yang sering dipersoal yang tersayang
akhirnya rokok jadi sandaran melepaskan keluhan

betapa besar anugerah Tuhan memberi yang tulus untuk diri
walhal diri seringkali tak terbatas mengawal perlakuan

untuk cerita masa depan dan zuriat
aku akan didiknya penuh keagamaan
agar dia tidak tersesat dalam dunia masa depan yang penuh kepalsuan
agar dia lebih tahu dalamnya makna kehidupan
dan label-label kemanusiaan yang kian dilupakan!

p/s:
ingin rasa seperti dulu, tapi aku yakin ALLAH tak zalim bila beri 'awan hitam' dalam hidup aku. www.tips-fb.com

October 05, 2011

Bimbang

Sejenak aku fikirkan,
apa aku tersalah kata,
tersilap pandang sini sana,
hinggakan aku merasa,
bimbang untuk keluarkan kata-kata,
demi menjaga hubungan ini,
jadi aku tuliskan perasaan aku,
dan kata orang, ada perkara yang tidak perlu diluah,
tidak dengan kata-kata,
jadi aku harap kau faham,
aku, kau, selalu disini,
dihati. www.tips-fb.com

~ P e r e m p u a n S i a l ~

Jelik.
Barangkali itu yang mereka rasa.

Perempuan sial itu.
Diam seribu bahasa.
Menyepi dalam sepi.
Tersenyum sendiri.

Dia tak pernah kejar.
Tapi mereka yang lari.
Dia tak pernah cari.
Tapi mereka yang runsing.

Dia pula yang binggung jadinya.
Apa hendak mereka agaknya.

Pedulikanlah.
Pentingnya bukan dia punya angkara.
Ada pakatan sulit yang wujud di situ.
Mungkin juga andaiannya selama ini.
Adalah kebenaran yang tersembunyi.

Oh! Tak mengapa.
Tuhankan ada.
Untuk PEREMPUAN SIAL itu.


www.tips-fb.com

October 04, 2011

Puisi Anjing Liar.

Anjing tepian
 tubuh disaluti najis
  telinga dibungkus kurap
   bulu-bulu yang kotor
    dan luka yang nanah hitam
     ternganga luas

   menanti disatu sudut
  mengharap ihsan manusia
segelas susu secawan kasihan.

 Malang,
  Anjing memang selamanya
   tidak dipandang orang,
    tidak dipedulikan sayang www.tips-fb.com

~ S e b a t i ~

Jangan pernah tundingkan jari
Jika ada yang cuba mencucuk duri
Seandainya dua jiwa itu sendiri
Tidak benar-benar sebati.


www.tips-fb.com

Roket Kertas

Hari ini saya nampak lagi,
selepas hampir sebulan lamanya,
bayangmu, cahaya mata itu,
senyuman manis itu, taring comel itu,
hari ini rindu aku terubat,
ternyata keputusan aku tepat,
dengar celoteh pensyarah dan keluar lambat,
beri aku peluang menatap dia dari jauh,
dah lama kan, aku tak buat roket kertas,
dan selitkan di raga,
basikal biru miliknya,
ya, aku akan ulang semula. www.tips-fb.com

IV.


Bermimpikan
kamu dalam
tidur malam- malam
aku,

merantai
aku daripada
bangun keesokan
hari.

www.tips-fb.com

~ K a u ~

Lebar.
Aku senyum.
Lihat kau di sana.
Petah bermain kata.
Biar mereka yang lain.
Menjilat bangga kaki kau.

Buta.
Mereka memang buta.
Takkan pernah nampak.
Apa yang aku nampak.

Jelas pada aku.
Kau sebenar bagaimana.
Depan dan belakang.
Aku nampak ketara.

Diam.
Hanya itu aku mampu.
Kerna membising aku.
Bakal retakkan segala.
Yang mereka percaya.
Yang mereka bangga.

www.tips-fb.com

October 03, 2011

Penghargaan Sebuah Persahabatan


NOTA: sekadar berkongsi puisi hadiah dari teman jiwa sahabat hati.


hodohnya dunia ciptaan

kecamuknya seluruh perasaan

sakitnya tiap tekanan

bodohnya buat keputusan

parahnya atas tindakan

laluinya, aku tak kisah

tempuhinya, aku tak gundah

hadapinya, aku tak endah

terimanya, aku tak resah

menyesalnya, aku tak pernah

satu sahaja yang payah

bila aku tersangat lelah

DIA TIADA TUNJUKKAN ARAH.

aku perlukan DIA

DIA penenang jiwa

DIA punya kata-kata

buat aku terpana

rasionalnya

hidup untuk siapa

sendiri atau mereka.

DIA sahabat JIWA


(ty.cbo, 2011)




NOTA KAKI: bahasa jiwa beliau karyanya indah belaka. harap SSS sudi invite beliau meriahkan keluarga kecil kita ;)


p/s: terima kasih awak untuk penghargaan yang terlalu tinggi ini.





www.tips-fb.com

Kenapa Tak Sama?





tak sama yang KITA rasa
kerana tiada KEJUJURAN di tengah-tengah kita








www.tips-fb.com

October 02, 2011

Karma

Puaskah engkau lihat aku begini,
Senangkah engkau lakukan aku begini,
Ditinggal tanpa kata pasti,
oleh engkau, yang pentingkan diri sendiri,
jangan dicanang kisah baru mu,
jika kisah lama masih menghantui tidurmu,
karma, ya aku percaya pada karma,
kini kau sudah pergi,
dan kini aku beri peringatan,
biar kau tahu,
Kau, aku, tamat.
www.tips-fb.com

October 01, 2011

Kita Yang Baru





KELUKAAN kadangnya
merupakan pembantu terbaek dalam menjadikan kita yang baru,
www.tips-fb.com