December 15, 2011

Malu



Malunya perempuan, sukar digambarkan,
mungkin kerana aku lelaki,
pantas untuk aku membuat andaian sendiri.

Malunya dimata, dipejam matanya,
malunya diwajah, ditunduk kepalanya,
malunya pada suara, dikunci bibirnya,
bagaimana hendak bersuara?
aku bertanya.

Ditulis olehnya; aku membaca,
begini caranya dia bersuara,
ditulis semua apa dirasa,
mudah meluah, berkongsi semuanya.
www.tips-fb.com

2 comments: