di tebing bulan
di kasih lautan
bertiang langit sedih
bertapak tanah jerih
aku melontar batu
memoir terdahulu
bertitis derita
berlaku paksa
yang dalamnya
terdiam meronta
mahu di dengar
apa yang di dasar
kerana bergolak
dan ia menolak
bersama dulu kita
bersama kita cinta
kini aku berdiri
menambah sunyi.
5 comments:
xtau knp..hati hamba dirundung sayu dek puisi ni
semuanya turut hilang kala kau melangkah pergi...
tak pernah pun aku melangkah pergi, tp semua tetap berlari
Rimanya antara yang mengheningkan penghayatan..
rima perasaan.
Post a Comment