Di lorong-lorong yang seantaranya deretan bazar menjual pakaian dan kasut tiruan, tiga empat dan lapan sembilan peniaga malam menghidangkan pelanggan lalu lalang akan botol-botol kecil minyak yang diekstrak dari merah merinding tanah kuburan.
Botol-botol tersorok sedikit. Di tengah-tengah. Agar tak gelincir ke bawah.
Pelanggan tak pernah diberitahu. Peniaga tak pernah memberitahu.
Pelanggan tak pernah diberitahu. Peniaga tak pernah memberitahu.
Tak perlukan Morse code mengetuk meja menggunakan jari telunjuk dan hantu sebanyak lima kali diikuti jeda dan selanjutnya dua kali lagi.
Sekadar mendekatkan mulut diri kepada telinga peniaga.
Lalu menggetar pita suara bergayakan serak-serak bisik.
Sekadar mendekatkan mulut diri kepada telinga peniaga.
Lalu menggetar pita suara bergayakan serak-serak bisik.
"Pss, bang. Minyak dagu ada?"
2 comments:
Bwahahahaha! Terbaik la!
Sarkastik :)
Kidd dear, it was about aktiviti menjual minyak da** di beberapa tempat di sekitar...err...somewhere?
Shhh..
:)
Post a Comment