Showing posts with label Si Pengejar Pelangi. Show all posts
Showing posts with label Si Pengejar Pelangi. Show all posts

November 15, 2011

Puisi tentang manusia.

Jangan kau lihatkan manusia hanya
daripada kotoran, debu, dan tanah liat
yang sering kita pijakkan,
seperti si iblis sebelum dibuang syurga.

Tapi lihatlah dia
sepertinya kau mewarasi para malaikat
dan hembusan Tuhan,
Taman yang sempurna sifatnya. www.tips-fb.com

October 09, 2011

Puisi Bulan pada Sembilan Oktober.

dan lihat
bulan gelintin
mengetuk pintu rumah kami
memancar cahaya seribu berkat. www.tips-fb.com

October 04, 2011

Puisi Anjing Liar.

Anjing tepian
 tubuh disaluti najis
  telinga dibungkus kurap
   bulu-bulu yang kotor
    dan luka yang nanah hitam
     ternganga luas

   menanti disatu sudut
  mengharap ihsan manusia
segelas susu secawan kasihan.

 Malang,
  Anjing memang selamanya
   tidak dipandang orang,
    tidak dipedulikan sayang www.tips-fb.com

August 07, 2011

Puisi bunga subuh.

bunga-bunga yang kembang syahdu.
kala subuh menyinar merestui alam,
kan tetap akan
membuat si gundah
hati merasa indah.



www.tips-fb.com

July 12, 2011

Serigala biru, anjing, dan tuan besar.

Kita anjing yang hanya taat setia,
kepada tuan yang bermulut manis menjaja demokrasi,
kerna kononya pilihan itu milik kita,
dan kebebasan itu hak terpelihara.

Dikerah serigala biru-biru,
agar kita turut sepatuhnya,
takut luka,
takut sengsara,
engkar jangan, bersuara dibisukan semua.

Ya, anjing dan serigala,
dua dua mangsa si tuan besar.


www.tips-fb.com

June 28, 2011

Sungai.

Tidak kira sungai mana kita mendayung,
hei lihatlah,
sesampainya tiba kita masih bersama,
bertemu kembali diatas muara. www.tips-fb.com

June 03, 2011

Hilang pelangi.

Gerimis pagi lebat,
bukan lagi membawa,
berita indah pelangi,
selepas kau pergi.


www.tips-fb.com

May 27, 2011

Patung tugu.

Demi Cinta,
aku tidak mahu menjadi seperti tugu,
hanya bodoh menunggu,
menjadi karat,
menjadi reput,
patah satu demi satu,
roboh dari luar dan dalam,
dan akhirnya binasa menyembah bumi,
hanya untuk sesuatu yang sudah menjadikan aku seketul patung,
daripada seorang manusia bernyawa.



www.tips-fb.com

May 16, 2011

Rumah hati.

Sayang kau masih ingat,
malam kala awan memuntahkan hujan,
kau biarkan aku keseorangan,
menanti diluar.

Pintu rumah kau ditutup rapi,
pintu hati kau tidak lagi terbuka luas.

Apa aku masih ada kuncinya? www.tips-fb.com

May 15, 2011

Refleksi syaitan di hujung dunia.

Diseberang dunia itu bak kata sahibul hikayat,
adalah seekor syaitan durjana,
yang hembusnya api marak,
dan cakarnya membisakan jiwa,
terus bermaharajalela menghukum manusia.

Jadi aku hantarkan tiga belas hulubalang,
berkeriskan taming sari,
berzirahkan besi kersani,
dengan semangat obor menyala,
untuk mara menghadap syaitan disana.

Dua belas hulubalang mati,
dan yang ketiga belas pulang,
sesudah pertempuran yang membikin,
satu dunia terbakar.

Dia kata dia sudah lihat syaitan itu,
dia kata miripnya seperti aku.

Aku dan syaitan itu,
dua-dua adalah serupa,
dia refleksi aku,
aku refleksi dia.

Maka aku tikamkan perut sendiri,
rembeslah keluar darah,
betapa sejuk keris itu membelah hati,
dan perlahan-lahan mati itu tiba.

Aku dan syaitan celaka itu,
tamatlah riwayat bersama-sama.

www.tips-fb.com

May 11, 2011

Lelaki tugu.

Kata orang,
Bodoh saja dia mungkin
menjadi tugu disebelah jalan itu,
menanti gadis idamannya,
berubah fikiran dan kembali,
padahal ramai saja anak dara disepanjang jalan.

Kata aku,
jauh sekali bisa aku simpulkan dia bodoh,
kerana dia jujur,
dalam cintanya,
dan mengharapkan agar suatu masa,
dia tak bertepuk sebelah tangan lagi,
walau pedih menanti. www.tips-fb.com