July 12, 2011

Serigala biru, anjing, dan tuan besar.

Kita anjing yang hanya taat setia,
kepada tuan yang bermulut manis menjaja demokrasi,
kerna kononya pilihan itu milik kita,
dan kebebasan itu hak terpelihara.

Dikerah serigala biru-biru,
agar kita turut sepatuhnya,
takut luka,
takut sengsara,
engkar jangan, bersuara dibisukan semua.

Ya, anjing dan serigala,
dua dua mangsa si tuan besar.


www.tips-fb.com

4 comments:

Anonymous said...

Naisss

Cangkul Emas said...

anjing dan serigala bersuara hanya kerana satu perkara.

si pencuri sudah masuk 'line'.

Edy said...

deep! bravo johan!

situasi politikus semasa yg digarap dgn menarik menjadi puisi. what else could we ask?

kudos !~

Eima Jer said...

aku suka