July 07, 2011

Melankolia Himuro no Sekku







Dari Dewan Emas,
suara-suara feudal
masih kekal
bergemaan;
meniup semangat
wira-wira pahlawan
silam, yang kini
jadi rohul ronin
berkeliaran.

Walau bayang
Kusatsu-Shirane
setia
meneduh salju
di kaki bukit
hingga kini,
pekan kecil Gunma
tetap sunyi
tanpa Puteri Mononoke.

Bahkan harum
bunga Ezolindo;
tidak pernah lagi
menebar demikian
wangi.

Sejak kimono sutera
hilang
bersama
nafas si Perawan,
sang arjuna pencinta
lemas dalam
samudera hampa.
www.tips-fb.com

4 comments:

Siti Zafira said...
This comment has been removed by the author.
Siti Zafira said...

breathless...reading this

Erman said...

sugoi!

Edy said...

zafira : eh, agak lama juga kau menghilang. ke mana saja kau? hehehee.

erman : arigatou gozaimasu. ii desu ne.