July 21, 2011

Belahan Jiwaku, Ada Di Sana


Duhai peri,
hantar aku semula
ke dunia mimpi
semalam, yang telah
berhias bunga-bunga
berlangit pelangi cerah.

Biar bintang
merajuk,
biar gemawan
meradang;
jangan biar
aku mati
dalam
rindu, yang tak
tertanggung.

www.tips-fb.com

2 comments:

Johan 'Champ' Radzi said...

Jangan rindu sangat,
ayuh bingkas berjumpa si dia.

Edy said...

jauh johan.
seberang laut sana.