Jika mampu aku ucapkan sayangku,
mana hujungnya aku pun tak tahu,
aku ini anakmu yang pelik,
seperti air sifatnya, mudah dibentuk mengikut acuannya,
memberontak dalam diam, tersenyum dalam diam,
yang tahu cuma aku, dan Dia sahaja,
tapi aku masih ingin beritahu aku sayang ayah,
jadi aku belajar menjadi anak yang baik,
aku masih cuba, dan terus cuba,
aku harap aku tidak hampakan kan ayah,
kerana acuan yang ayah sediakan sudah membentuk anakmu,
menjadi seperti apa yang berada di depan matamu,
jadi, terima kasih untuk semuanya,
nama ayah jadi keutamaan dalam doaku.
P.S: ya, saya sayang ayah dan rindu dia sekarang.
2 comments:
ayah~~!!!!
saya sayang ayah!!!
=)ayah tetap yang terbaik walau pun kadang kala ego dia setinggi gunung.
Post a Comment