July 27, 2011

pantun ramadan.

berjalan ke rumah Tok Malik,
bertembung dengan mak lampir,
pejam celik, pejam celik,
rupanya ramadan semakin hampir.

Pak Maon rugi seratus ringgit,
terbeli batu kononnya berkuasa,
puas sudah kita menggigit,
siap siagalah untuk berpuasa.

berdating dengan Miss Amelia,
pujaan hati sudah berabad,
bulan ramadan bulan mulia,
peluang kasi extra amal ibadat.

ke Tesco beli lampu lip-lap,
balik rumah abang pasangkan,
tiada orang tak pernah silap,
harap kita saling maafkan.

letih benar badan ini,
dari laut menangkap tenggiri,
tamat sudah pantun ini,
"Salam Ramadan" aku akhiri.
www.tips-fb.com

1 comment: