Menutup muka dengan kedua-dua belah tangan,
tersenyum seorang diri, pelik dilihat orang,
namun aku sahaja yang tahu,
punca senyuman ini bersinar di wajahku
setiap baris lagu itu, ya lagu itu,
mengingatkan aku tentang kau,
dari senyuman sesaat dua,
hingga kau tersenyum sepanjang bersama,
aku ingat, sumpah aku ingat,
merah di pipi mu tanda malu,
berbalas dengan merah di pipiku tanda segan,
aku ingat semua, jelas sekali tidak pernah pudar.
Boleh tak jika saya simpan kenangan ini sebagai pil gembira saya,
bila saya sedih, susah, serabut, gelisah,
bolehkan, awak?
*jiwang siot aku... macam ayat ayah time muda-muda*
4 comments:
jiwang itu satu kepastian
:D
hahaha.bila jujur mesti jiwang....hahaha
simpan pil kegembiraan itu ya. jangan lupa dibawa ke mana-mana. :p
baik... saya simpan selalu ni.. =)
Post a Comment