Showing posts with label adiwafi. Show all posts
Showing posts with label adiwafi. Show all posts

June 20, 2011

di syurga--


lelangit jiwa menjunjung rasa sejuta raga
ada pari2 menyulam rindu padanya
mengulit kenangan seribu rona;
makanya dia senyum2 saja
bermimpi perihal sang kirana
seolahnya hanya dia arjuna--
di syurga

maka biarlah saja dia bermimpi
yang terlewatkan waktu mengejar mati
bisa dia gembira bersendiri
walau nyata sunyi sepi
dan seolahnya hanya dia yang mengemudi--
di syurga.







www.tips-fb.com

June 14, 2011

selepas matiku



daun kering gugur dari dahan
yang dulunya jadi tempat merpati bersarang
berembun kala dingin pagi
berimbun teduh dari terik sang mentari.

indah saja bayangan retrospektif
bawa khayalan kita menerobos cahaya;

kau berdiri sambil tangan mendepa
mengarus angin
membiar rambutmu diperkosa udara--
sewenang-wenangnya

lalu aku datang menyusup dari belakang
jejak aku pada timbunan daun kering menyedarkan kau akan hadirku
dan kau pura2 buat tak tahu
membiar saja alur takdir berlalu

aku memeluk erat tubuhmu
menjerat jemarimu
mengucup bahu
mengucap rindu

tatkala matamu berpejam
dan berimagi seolah semua itu benar2 berlaku

maka senyum saja kau waktu itu.





:)














www.tips-fb.com

March 29, 2011

katup saja mulutmu, sayang.


dan bila mana kata yang berhambur itu pekak semata
maka bersenyaplah seketika

waktu itu kau hanya berkabur di lensanya
tiada lagi hujah yang mampu merangkul perhatiannya.

kita dan selangit alam, biar sunyi, biar bisu,
dan lihat saja burung terbang merewang.









www.tips-fb.com

January 22, 2011

hati


sayang,
ini hati aku
aku janjikan padamu seluruh ragaku,
aku janjikan penerimaanmu seadanya,
apa2 jua pembawakanmu.

lalu kau senyum, kau genggam hati aku.
kau peluk dakap seeratnya.

manis senyum kau waktu itu.

---

sayang,
itu hati aku bukan?
apa sudah kau buat padanya?
kau carikkan kenapa?
kau tikamkan kenapa?
kau leraikan kenapa?

dan kenapa mesti aku saja yang rasa gininya?
sudahnya hati aku ini kecil saja, kau beri sakit, kau buang segala rasa--
tawar lalunya.

aku telan, sampai satu dunia bingit dengan bunyinya!
kenapa mesti berkeputusan begini?

dan kau sekiannya pergi,
kau lari,
kau hilang,
lalu kau bilang kau okay.

aku di sini?
gimana sayang?

oh, kau lupa beri hatimu pada ku di awalnya,

atau kau sendiri tiada hati untuk diberi pada siapa2?



www.tips-fb.com

December 28, 2010

manusia--


semuanya hebat;

cakap lebat
tulis handal
riak seserak
muka memantat.


apa lagi layaknya hati2 kecil di sini? pergi mampus.


www.tips-fb.com

October 19, 2010

kabut senja

sampai satu masa nanti,
falsafah tiada lagi nilainya.

cuma yang tinggal, jiwa2 berlohong yang hidup,
dengan naluri liar sendiri.

mereka ini beraja dengan nafsi2.
bertuhan kiblat hati sendiri.





_ www.tips-fb.com

October 10, 2010

konklusi cinta mayu


dan hari ini
berkabur lagi lensa hatiku
berselaput
berserabut

meruncing hancing
menghambat yang tertambat
tanpa siapa tahu
tak ada siapa peduli

seiya aku
tiada siapa menewas selagi belum puas mencuba
selagi harapan masih seperca
selagi hari tak berkempunan

di konklusi sementara ini
tiada apa lagi berpenghujung
kisah yuni baru sahaja akan bermula.

mendakaplah pada hari2 mendatang. 


Hujung Pelangi
tigapuluhmei (2010)

waafee.blogspot.com

www.tips-fb.com

October 06, 2010

cuma kita dua

berdua kita
dan selalunya kita;
cinta--


ingat lagi hari itu?
kau kucup pipi aku
sedang aku beramarah
kau redupkan, mudah


kita dan cinta kita
dan selalunya milik kita;
bahagia--


ingat lagi hari itu?
aku dakap kau erat
sedang duniamu seakan pudar
seakan kelam, malap
kau kata, aku takkan mampu terangi
aku senyum membalas
'at least you're not alone, sayang'


kita punya cerita
dan segala kisahnya kita;
berdua--


cuma kita dua
ingat lagi hari itu? www.tips-fb.com

October 02, 2010

tujuh hari mencari cinta

dan di sini hari pertamanya;

dia bersilang di jutaan kasih
berpusar di banjiran juwita

matanya pinar
hatinya bingar
jiwanya pudar

dia takkan percaya
kiranya hari tujuh nanti
dia akan ketemu jantungnya

dia cuma tahu
dalam enam hari lagi

cinta harus datang kepadanya

kerana kelengkeng2 percaya
sudah tertaut

lalu segala janji
harus tertunai nanti.




p/s: senang kan kalau semuanya dongeng? kisahkan saja, pejam mata, dan semua yang indah datang. www.tips-fb.com

September 29, 2010

anekdot.

dia ini
kalau melontar kata
tak ingat dunia

selagi ada kata melintas
sebanyak itu dia tulis

pendapatnya, akalan tak pernah kontang
murah rezeki di otak, lagaknya

jiwa yang resah perlu diekspreskan
hati bergelora harus dikongsi
tidak dapat tidak
segala rasa mesti orang boleh baca

dia ini
kalau melontar kata
takkan mual
takkan muak

oh dia ini badut
menulis untuk penggemar anekdot kosong.





_ www.tips-fb.com

September 25, 2010

besok

berpaut pada langit
berteman bintang2

dan datang mentari cerah
terkatup harapan musnah

besok,
segalanya kembali indah.





_ www.tips-fb.com

September 23, 2010

lagi

bila mana langkah kita tak seiringan;

kau berhenti
kau diam
kau pejam
kau hilang
kau mati
kau kabur

kaget aku
lalu segala imagi terpupus

lagi
lagi
lagi.





_ www.tips-fb.com

bukan siapa2.

jentik2 tahi hidung merawak

hai, nama aku wafi.
dan aku bukan siapa2.




(kutip semula tahi hidung tadi. show dah tamat.) www.tips-fb.com