October 06, 2010

cuma kita dua

berdua kita
dan selalunya kita;
cinta--


ingat lagi hari itu?
kau kucup pipi aku
sedang aku beramarah
kau redupkan, mudah


kita dan cinta kita
dan selalunya milik kita;
bahagia--


ingat lagi hari itu?
aku dakap kau erat
sedang duniamu seakan pudar
seakan kelam, malap
kau kata, aku takkan mampu terangi
aku senyum membalas
'at least you're not alone, sayang'


kita punya cerita
dan segala kisahnya kita;
berdua--


cuma kita dua
ingat lagi hari itu? www.tips-fb.com

4 comments:

Meister K & IkaSensei said...

baru semalam kisah ini terjadi

Edy G-Minor said...

ah. cantik.

Khuzz said...

patut lah kau terase.... rupenye kita ade pngalaman sama...

camar putih said...

*wink