October 24, 2010

i n d a h


mukanya sayu menunduk pilu,
dan dia berkata.

" sayang, maafkan aku
sebab tiada yang baik dalam diri ku untuk kau.
penuh limpah cela diri ku ini."


aku senyum dengan bahgia.

"tiada sempurna dalam manusia
cuma menerima yang boleh membeza
diri mereka sesama."


dia mahu menindas kata itu
namun celah ku pada nya.

"sayang, kalau semua itu sempurna
nescaya tiada indah dalam kata
tiada pujuk dalam rajuk
dan tak akan mungkin aku dengan mu."


raut wajah berubah keliru
dia bertanya maksud sebenar kata itu.

"apa pasti kau itu yang terjadi ? "


ku senyum lantas erat tangan nya ku genggam.

"tidak. kerna bukan kerja ku memastikan semua
cuma akal yang membaca
hidup kita di dunia cuma seketika
terima lah apa pun yang ada
sebelum sesal menimpa bila ia tiada."


terus laju dia dakap ku
ku sambut dengan ceria.

"aku juga tak mahu kau hilang
kerna kau perkara yang terindah yang pernah berlaku
tak mungkin aku lepas begitu
akan ku jaga kau indah seperti salju itu,sayang."



episod ini terus berjalan dalam masa.

www.tips-fb.com

4 comments:

esumi-lynn said...

aku menangis sial baca benda ni! bodoh lah kau!
*masih sedu*

Anonymous said...

eh, aku pula yg kena?? =l

esumi-lynn said...

no. dont take literally.
bila aku mencarut sikit tu, maksudnya, piece kau sangat great. :)

Anonymous said...

oh. okay2. tak lah. biasa saje. aku mnusia macam kau juga. kau pun boleh buat. =))