October 29, 2010

pengulang tegar

butiran butiran sayang berbentuk hati meruap,
saat mata kita bertaut,
dan saat kau senyum pada aku.
kepulan kepulan asap jernih memenuhi ruang
waktu kau pujuk aku dan waktu kau rayu.

cerita dua bermula dengan aku
dan berakhir dengan aku
akulah pemula dan akulah si pengakhir cerita
cerita yang sama diulang ulang untuk aku hafal.

hafalan itu aku guna untuk meramal
aku tahu awalnya
aku tahu akhirnya
dan masih
aku setia memberi
kerana kononnya aku si pencinta yang setia.

cerita tiga diakhiri dengan seduan kesal
dan lagak kecewa semalam
yang masih aku setia untuk mengulang.

aku, si pengulang tegar. www.tips-fb.com

3 comments:

Tieah Madian said...

Teruskan berkarya..

Edy said...

ini luahan rasa yg menggigit. pengulang tegar. ahhh, aku suka itu.

fazika puspa said...

awww, thanks tieah n edy :)