October 25, 2010

Perasaan

Aku masih belum matang ketika itu. Masih ada sifat keanak-anakan lagi.Hanya tahu bersuka-ria tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Dengan keadaan yang jauh daripada keluarga aku mungkin berasa seperti aku bebas melakukan apa sahaja yang aku nak tanpa ada sesiapa yang menghalang aku daripada melakukannya.

Aku juga manusia biasa.punya perasaan.dan dia telah buat aku tertarik padanya tanpa buat apa-apa tetapai hanya melemparkan ssatu senyuman ikhlas kepada ku.mula pada hari itu, aku sudah mula tertarik pada nya.tapi aku tertanya-tanya, apa kah dia juga merasa perasaan yang sama seperti aku ini.

Tak pernah ku bayangkan, aku berani bertegur sapa dengannya.aku tampak tenang dan bergaya berborak, namun itu pada mata kasar,pada mata halus aku seakan menelan segala ucapan dari mulutku ini.aku seakan hilang kata-kata dihadapan dia.hanya dia yang telah buat aku seperti ini.aku juga tertany-tanya apa kelebihan dia hingga boleh buat aku seperti itu namun tiada jawapan yang aku temui.

Hariku berlalu seperti biasa, gembira walaupun sekadar melihat kau berjalan bersama teman ke kedai, ke kelas, balik ke rumah.tanpa jemu aku terus melihat kau biarpun dari jauh, itu dah gembirakan aku.ah,kisah apa aku apa orang kata..dia sudah berpunya.jadi jika dia sudah berpunya apa salah jika ada orang yang akan terus menyukai dia seperti aku.tidak pernah aku dengar perkara seperti itu.

Biarlah orang lain mudah melupakan.dia bukan sekadar sekilas pandangan aku sahaja.tapi dia dah mencuri pandangan mata ini daripada melihat orang lain.walaupun jauh di mata,aku sentiasa terlihat dia dimana.bukan mudah untuk melupakan seseorang.mungkin juga silap ku tidak berlaku jujur dengannya.dan setahu aku,daripada teman-teman ku sendiri yang dia juga tahu perasaan aku padanya.

Jujur ku katakan, andainya aku dapat berpeluang menjaga hati dan perasaan kau, aku berjanji kau tak akan aku biar kesedihan, tak akan biarkan kau keseorangan, aku sentiasa ada disisi kau.dan jika bukan disisi kau, jangan risau aku sentiasa mengingati kau dimana sahaja aku berada.10 digit milik mu akan aku jadikan 10 digit kegemaranku dan tak akan aku lupakan.

Dan itu semua jika aku berpeluang,namun aku tidak lah begitu mengharap sesuatu daripada kau.jika kita tidak berpeluang bersama,cukup lah kau menganggap aku sebagai salah seorang kawan baik mu.baik... = )

Dan jujurku katakan, aku rindukan senyuman manis itu.
www.tips-fb.com

No comments: