October 25, 2010

Gagal

Berjalan pulang ke rumah dari studio yang buat aku dipenuhi semangat hipokrit bersama orang-orang yang mungkin sama atau mungkin mereka hipokrit.

Mengenangkan masa hadapan yang masih samar-samar dan tidak jelas kelihatan.
Aku nampak aku memegang sesuatu di tangan kanan aku.
Kurang pasti sama ada sebatang pensel yang tinggal separuh kerana selalu digunakan, atau mungkin pemetik gitar yang buruk kerana selalu digunakan sejak pertama kali di beli atau juga mungkin sebuah camera berlansa yang baerkilat kerana dijaga rapi sejak pertama kali dibeli.

Apa mungkin aku mengaku kalah sekarang!
Aku akan jadi masa hadapan aku yang samar-samar itu satu kenyataan.
Tidak mahu aku terus gagal dan duduk bersandar tatkala teman-teman lompat kegembiraan disana.
Tidak mungkin!

Aku bukan lagi seorang yang gagal!
Tidak lagi kini!
*bersemangat mengenggam tangan"
www.tips-fb.com

No comments: