kau datang dalam mimpi aku,
kita bergelak besar,
di meja bulat,
kau di sebelah aku.
kau datang dalam mimpi aku,
kita hampir seperti mengenali,
dalam gelak besar,
kau beri aku senyuman penuh erti.
kau datang dalam mimpi aku,
duduk di sebelah,
mencuri memandang aku,
dalam gelak ketawa yang besar.
kau datang dalam mimpi aku,
semakin hujung, semakin jelas;
kita ini satu, kau separuhnya aku.
kau datang dalam mimpi aku,
senyum kau langsung tak palsu,
buat aku mahu percaya janji janji kau itu.
dalam hati aku,
dalam mimpi itu,
"kita cuba, lihat jika berjaya ye sayang.
aku seperti tahu kau itu bukan seperti reptilia lain.
kau faham amfibianya aku.
kita cuba satu kali, sayang."
kau jumpa ruang dalam aku,
dan aku terus masuk dalam dakap kau,
dalam mimpi aku.
1 comment:
thank you dear. :)
Post a Comment