October 17, 2010

No. 6 - Ibeb Kay

aku faham satu hari nanti kita semua akan dewasa. akan tinggalkan rumah kita. akan tinggalkan ibu ayah kita. akan tinggalkan kawan baik kita. akan tinggalkan semua kenangan kita. tak semua akan ingat kejadian semasa berumur 8 tahun. tak semua ingat kejadian semasa cabut sekolah dan merayap di shopping mall. tak semua. datuk harimau sendiri lupa akan masa.

aku minta satu  je kat Tuhan. moga - moga sampai bila - bila pun aku tak kan lupa semua ni. semua yang pernah terjadi. baik atau buruk. bosan atau seronok. sebab dorang ni hadiah ter-best yang pernah aku dapat. dan insya-Allah sampai bila - bila tak kan hilang. 

semoga kau juga merasakan yang sama.
www.tips-fb.com

No comments: