October 29, 2010

e p i l o g d i a


hitam kelabu tar jalan itu, derap perlahan tapak kaki ku jalan. kertas bergulung tembakau ku sedut dengan bara api di depan. perlahan ku hembus ke atas; angin sejuk yang mencucuk diri. bila ku dongak gelap cahaya, wayar eletrik bersambung terus. entah dari mana punca nya, entah di mana pula akhirnya. yang pasti pun; wayar panjang tanpa penghujung habis. bersambung dari tiang ke tiang, membekal dari rumah ke rumah. bagus betul wayar itu; manfaat baik diberi pada mereka. tiba-tiba, tercetusnya soal merepek dalam hati dan fikiran. kalau aku boleh masuk dalam wayar itu; kalau aku kecil lah. bolehkah aku terus turun sampai tepat depan mata kau, sayang? sebab aku rindu pandangan kau yang berlakon geram pada ku dahulu. sekarang kau jauh nun hijau berakar coklat pun jadi benteng penjarak kita. sudah lenyap masa kita makan; jalan bersama; di atas tar ini. walau daya ku ada untuk bersama, tapi peluang itu sesekali pun tiada. aku rindu kau. aku rasa keseorangan; sendiri. huhh.

www.tips-fb.com

2 comments:

Edy G-Minor said...

ini puisi seorang loner. selalunya kau tak seorang. heheheee.

Amir Farid said...

hahahaa. pandai la kau. ada jugak aku sorg. =p