October 10, 2010

N0. 4 - aku

aku tak pernah blame sesiapa untuk semua benda buruk yang jadi pada aku. aku tak blame orang. aku tak blame Tuhan. aku cuma blame diri aku sendiri kenapa aku tak pernah nak mencuba berfikir yang benda - benda ni satu hari akan jadi. nah, sekarang bila nasi dah jadi bubur, sila ambil mangkuk masing - masing dan mari makan bersama.


aku memang hipokrit. depan orang aku senyum belakang orang aku nangis. begitupun depan orang aku ketawa belakang orang aku kutuk. maaf. aku terlalu pengecut untuk luahkan pendapat aku kepada public. aku bacul dalam menjadi diri aku sendiri. hatta aku tidak kenal diri aku sendiri. aku tak kenal ibu aku. aku tak kenal abah aku. aku tak kenal adik - beradik aku. aku tak kenal kawan - kawan aku. aku tak kenal sesiapapun. yang aku tau, karma itu ada. dan setiap satunya akan terbalas. dan berbalas.

aku memang seorang pe-sunyi. aku hidup dalam sunyi. aku makan dengan sunyi. aku have sex dengan sunyi. aku tidur dengan sunyi. aku mati dalam sunyi. aku tak pernah salahkan sunyi untuk setiap kali mengikut bontot aku. aku tak pernah salahkan sunyi kenapa jadi peminat nombor satu aku. tapi aku salahkan diri aku sendiri kenapa aku bodoh tak tinggalkan sunyi? celaka. aku tak sedar.

aku selalu cakap aku kurang kasih sayang. tapi sekarang aku percaya, ada lagi yang kat luar sana yang terlalulah sangat kurang kasih sayang nya. well at least aku masih ada mami. walaupun aku cuma jumpa dia 2 kali dalam satu atau dua hari.
www.tips-fb.com

5 comments:

Tieah Madian said...

Sabar ye..
Hidup ni mcm roda..
Nanti adelah sinar kebahagiaan tu..

Ren Razali said...

"pe-sunyi..." sumpah kool.

Hanani said...

tieah : insya Allah. thanks.
ren : man. stop that. haha

Edy said...

tiba-tiba rasa aku rasa benda yg sama. ciss !

Hanani said...

edy: hahah high 5!