November 05, 2010

#5: Salam Kekasih

Angin,
Berhembuslah dengan tenang..
Agar bisa ku berikan kesejukan kepada lelaki itu..
Asal dirinya seceria langit membiru..

Mentari,
Minimumkan sinaranmu..
Agar bisa ku berikan kecerahan kepada lelaki itu..
Asal dirinya tidak merasai hangat..

Pelangi,
Warnailah dengan terang..
Agar bisa ku berikan keceriaan kepada lelaki itu..
Asal dirinya setenang tujuh lapisanmu..

Kilat petir,
Kurangkan kuasamu..
Agar bisa ku berikan kemaraanmu kepada lelaki itu..
Asal dirinya tidak merasai takut..

Burung,
Sampaikan pesan ku ini..
Kepada lelaki bertubuh kecil itu..
Katakan padanya..
Aku senantiasa melindunginya..






www.tips-fb.com

Cinta yang sebegini rupa.


Aku perlu cinta sebagai oksigen
untuk aku terus bernafas.

Aku perlu cinta sebagai tulang yang kuat
untuk aku tetap berdiri teguh
walaupun aku rapuh.

Aku perlu cinta sebagai irama rancak
yang menghiburkan
untuk lagu lagu sedih aku.

Aku perlu cinta sebagai senyuman
untuk air mata berpusu pusu mahu mengalir.

Aku perlu cinta sebagai teman yang setia
untuk kesunyian yang sering bertandang.

Aku perlu cinta sebagai bahu
yang bersedia menerima kedukaan aku.

Aku perlu cinta sebagai pelukan panas
untuk aku menenangkan diri yang gundah.

Aku perlu cinta sebagai semangat yang kuat
untuk semua kehampaan.

Aku perlu cinta sebagai pembimbing
untuk segala kesesatan aku.

Aku perlu cinta sebagai syurga firdausi
untuk neraka jahanam aku.

Aku perlu cinta sebagai hidup
untuk mati aku.
www.tips-fb.com

Enough



kadangkala kerana sesuatu perkara
kita terasa seperti berhenti berharapkan bukan?

nah~
itu yang aku rasakan sekarang

:|

aku ingin jadi pokok yang memberi oksigen
tapi aku ini pokok mati
aku ingin jadi lautan luas tempat manusia beriadah
tapi aku ini cuma laut mati
aku ingin jadi burung yang terbang indah
tapi aku ini helang yang digeruni

lalu

aku hanya diam dan berhenti berharap!

www.tips-fb.com

Aku Punya Kamu

Aku punya sesuatu yang terbaik di dunia
Kerana aku punya kamu dalam hatiku
di dalam dunia ini yang penuh kejam

Mari pegang tangan ku
Kita boleh berkongsi semuanya bersama
Mungkin suatu hari nanti
langit akan diwarnai dengan sayang ku padamu

Aku bangun di pagi hari
Merasa kekosongan dalam hati saya
dan sakit ini terlalu nyata

Aku bermimpi tentang kamu,
Sila mengatakan bahawa kau menyayangiku
Dan aku akan gembira seperti selalu

Anda harus berjanji
Bahawa kamu akan sentiasa di sisi ku
Dan akan ada banyak dan banyak rasa sayang untukku
Ini adalah hal yang amat aku perlukan untuk tempuhi dunia ini.




P.s: I love you Mom! I love you Dad!
www.tips-fb.com

.::Wangi::.

Aku menerjah satu sudut
aku terserempak dengan benzanol
katanya mahu bertemu acetic acid
aku jadi bingung sebentar
buat apa?


Aku diam
si benzanol diam
ternampak kelibat cik acetic acid.


Ah
wangi!


Aku tahu wangian itu
jasmin
aku suka.


Hati tertanya-tanya
dari mana datang bauan itu
padahal yang ada hanya kawasan yang luas
tiada pokok
tiada bunga.


"Hai,nama saya benzyl acetate"


Aku menoleh ke belakang
wangian itu terasa dekat sekali.


"Nama aku camar.
Kau wangi.
Bau jasmin."


Si benzyl acetate tersenyum.


OK. Inilah padah asyik belajar Chemistry.
Ester oh ester.
Maaf ye semua. :D
www.tips-fb.com

November 04, 2010

yakin

"don't love,good bye will always come"



*yakinkan aku,yang frasa ni tak betul. www.tips-fb.com

bermain kata

malam tadi,
kubaca puisi cinta
yang kutulis
buat kamu,
kerana kamu.

malam tadi,
kausebutkan isihati
yang kaubariskan
spontan, tanpa henti
untuk aku,
cuma aku.

malam tadi,
kita senyum,
kita berkerut,
kita lihat masa hadapan
yang bakal terjadi
dari masa silam ; yang mana aku, kau temui.





:) www.tips-fb.com

streologica

selepas datang satu
datang lagi satu ombak
yang memukul batu di tepi itu
begitulah seterusnya
sehingga datang ombak besar
yang memukul batu
dan batu itu masih lagi teguh disitu
tidak pernah hanyut di tarik ombak www.tips-fb.com