Aku perlu cinta sebagai oksigen
untuk aku terus bernafas.
Aku perlu cinta sebagai tulang yang kuat
untuk aku tetap berdiri teguh
walaupun aku rapuh.
Aku perlu cinta sebagai irama rancak
yang menghiburkan
untuk lagu lagu sedih aku.
Aku perlu cinta sebagai senyuman
untuk air mata berpusu pusu mahu mengalir.
Aku perlu cinta sebagai teman yang setia
untuk kesunyian yang sering bertandang.
Aku perlu cinta sebagai bahu
yang bersedia menerima kedukaan aku.
Aku perlu cinta sebagai pelukan panas
untuk aku menenangkan diri yang gundah.
Aku perlu cinta sebagai semangat yang kuat
untuk semua kehampaan.
Aku perlu cinta sebagai pembimbing
untuk segala kesesatan aku.
Aku perlu cinta sebagai syurga firdausi
untuk neraka jahanam aku.
Aku perlu cinta sebagai hidup
untuk mati aku.
4 comments:
aku benci cinta coz cinta buat aku sakit
jgn benci cinta. cinta buat kau hidup :)
ya, cinta buat aku hidup
yaaa semua harus ada pandangan yang sama terhadap cinta :)
Post a Comment