November 04, 2010

Bila beruk menunggang kuda...

Berteleku di hujung meja...
Melepas lelah berperang dengan sang kerja...
Asap perosak respirasi peneman setia...
Sejuknya air penghapus dahaga...


Dikejauhan nampak sekumpulan beruk...
Aneh juga...
Beruk itu boleh tunggang kuda...
Ya... Kuda berhadam petrol...
Aksi sarkas gamitkan suasana...


Tiba-tiba...
Hingar cerita digempur tempik suara...


Dua kumpulan beruk bercakaran...
Cakar mereka memang masing-masing jantan...
Taring ganas...
Fuh...
Percik darah tambah dramatiknya suasana...
Satu tumbang... 
Satu menang...
Yang juara pulang...
Yang berdarah nyawa hampir melayang...


Kenapa tuan beruk ni tak rantai beruk dia...
Sambil ajarkan...
Macam mana Kesultanan Melaka dulu jatuh...
T_T...


---aksi sebenar di Segamat depan mata aku semalam... beruk tu pun darah meLAYU--- www.tips-fb.com

3 comments:

camar said...

beruk..hehe..saya faham

Anonymous said...

kelakar tau sebenarnya tgok beruk tu....

camar said...

jangan kau turut jadi beruk sudah la khuzz ek..jadi bilis je dah cukup :D