November 26, 2010

Pisau

dah lama aku pegang pisau ini

mak ingat aku mahu potong ikan
yang dia beli hujung minggu lalu
masak kicap tapi sebenarnya bukan
bukan itu yang ada dalam otak aku.

ayah ingat aku mahu hiris roti
yang aku bakar dalam ketuhar
tapi dia tak tahu apa dalam hati
yang buat hidup aku jadi sukar.

adik ingat aku mahu potong kertas
sebab gunting yang ada dah hilang
tapi selalu dia nampak aku cemas
dia fikir otak aku dah kurang

aku ingat aku mahu potong daging
yang lebih-lebih pada tubuh ini
orang kata aku hodoh tak ramping
buat aku berhenti dari kompeni

aku dah lama pegang pisau ini www.tips-fb.com

6 comments:

Edy said...

jgn sampai....

esumi-lynn said...

minta dipinjam. boleh?

martini said...

edy: apa?

esumi: pilihlah yang mana.

Anonymous said...

abaikan pisau itu!

esumi-lynn said...

mahu yang berkarat. heh.

martini said...

@tira azhar: pisau sudah di tangan!

esumi-lynn: bahaya, kalau nak mati pun janganlah jangkitkan diri huhu