tapi aku berjalan sendiri,
di bawah lebat hujan,
menjajar sebuah langkah,
yang mendatar jadi keluhan.
Kau tidak faham ;
tapi di hujung terowong,
aku disambut sinar suria suam,
membisik semangat paling membakar,
yang hingga kini bernyala garang.
Kau tidak tahu ;
tapi di akhir perjalananku,
aku simpan semua cinta bahagia,
yang ku kumpul padu jadi hidupku.
Dan kau berdiri di ambang gerbang syurga,
menjadi pemimpin simfoni 44 suara bidadari ;
nyanyikan aku lagu paling mendayu,
sebuah lagu selamat datang.
p/s : hadiahi perkara tercantik untuk anugerah paling berharga Tuhan pernah berikan untuk seorang laki-laki.

3 comments:
indahnya.... ;)
manis :)
edy, kau jangan sweet sangat boleh?
nanti aku rasa nak simpan kau dalam kocek. tak mahu orang lain jumpa.
*this is me complimenting. sila tanya amir farid. dia faham. hehe*
Post a Comment