November 03, 2010

.::Bicara Camar::.

Hari ini
aku pandang langit
mendung
seolah-olah memahami
aku yang kemurungan.

Duhai matahari
pancarkan suriamu
biar aku tak pandang langit lagi
kerana aku tahu
saat ini
aku tak mampu terbang setinggi camar lain.


Biarlah tanah menjadi tatapanku
buat aku sedar
setinggi mana terbang pun
ke tanah jua aku harus mendarat.

:)

Live well of live hell?
You choose.
(Hlovate best :D)
www.tips-fb.com

2 comments:

Dira said...

Hlovate mmg besh =)

Anonymous said...

:)
yes3..hehe