November 11, 2010

aku nak kasi tahu;aku patah.

'' im sorry ''

aku panjangkan leher . kau rupanya .
aku patah .
--------------------------------------------------------------------------------------------
aku perempuan pesisir .
yang mengetuk tangan pada kayu jeti ,
rentak dari Jem .
aku bangun dan lena dengan aroma bayu ; padat tapi asyik .
aku berdekit-dekit bersama ,
ketam patah kaki kiri ,
umang-umang ,
si kerang kecil
dan bunyi hiruk bot serta pikuk peraih .
aku hidup dengan tawa orang laut , dengan tangan kasar mereka ,
serta Tuhan yang taruk manisnya senja bersama mereka sambil menjulur kaki .
---------------------------------------------------------------------------------------------
'' aku cuba masuk dunia kau ''

aku patah .
kau budak singgahsana ,
aku pula berkaki kasar memijak pasir memutih ; lunyai dan kotor .

jangan sekadar mencuba ,
aku tak suka . www.tips-fb.com

2 comments:

Edy G-Minor said...

ahh, kau bijak memanipulasi imajinasi. serius, setiap baitmu bawa aku terkenang pantai yg jadi taman permainan masa kecilku.

adoii, kenapa aku beremosi ni? deym!

saraa said...

jom jom pegi pantai weh!
kuantan asyik hujan je,pantai dah jd lembab semacamm

heeehee :D