November 26, 2010

Melankoli Sebuah Jiwa Yang Ketuaan

Sebatang pohon tua di tepi kali,
telah tumbang sejak lama dulu,
barangkali ditebang angin buas,
atau cuma dipanah halilintar panas.

Di atas batang pohon itu,
seorang tua berbaju lusuh,
memegang kail sambil bersiul dingin.

Tidak ramai yang tahu,
hatinya telah lama kering,
dan kini sekadar dibajai hampa ;
senyumnya tidak pernah bersinar.

Barangkali silamnya datang lagi,
dalam lamun yang menggetar rasa,
karmanya berbalik 360 darjah.
www.tips-fb.com

4 comments:

Vamp Mary said...

Aku suka ini. Benar-benar suka.

Edy G-Minor said...

terima kasih.

Eima Jer said...

MANIS

tira azhar said...

coolio. kau boleh write dalam BM dan BI.. secara chantek.. tulis lagi banyak2 oke.