November 06, 2010

d i m e n s i


masa berlalu, detik berpusu
rasa berliar, ortodoks cakar

selalu kau kata, sayang.

"setiap masa aku akan ada dengan kau."

ya, itu aku tahu. dan mungkin aku pasti
tapi ada pun satu lagi ruang kecil; kotak hati

tempat bertandang sepi bila tiada kau lagi
sebentar kau hilang kerana ruji duniawi
dan arah penunjuk ku hilang bersama seri
lebih pedih bila gelap cahaya menyelubungi

tiada lagi jejak kau di sini semenjak ku nanti
menjerit suara kecil bertanya perli

"adakah jalan kau sesat sang kekasih ?"

sahutan tiada sampai tepat ke cuping
bergetar melalui partikal udara kering

namun aku masih tegak gagah berdiri
menanti keras padu seperti besi mati
ada jua aku meminta mungkin melebihi
maaflah tiada syukur bertanam dalam ini

tapi di sana atas podium pemenang itu
pun tetap kau sang juara satu, sayang.






masih ku berjalan dengan senyum mu.

www.tips-fb.com

2 comments:

Anonymous said...

kotak kecil tu selalu memainkan peranan..kadang2 tersalah duga,tersalah tafsir.. :)

Anonymous said...

kau pasti? :0