November 16, 2010

h a n y a

masa itu ;
seperti jarum yang menolak
tiada sabar mahu kita keluar
dari saat mampunya bersama
dari saat biasanya bersua.

masa itu ;
irama kencang pun termati
nada sayu melodikan suasana
bila mana tiada lagi seiring
bila mana hadir itu penting.

masa itu ;
puitis kata lemah tiada daya
terpaksa kita berhenti sekejap
kerana ia tiada dapat ditangkis
kerana ia takdir yang ditulis.


masa itu ;
babak berat mula dilakon bersama
air mata,
tangan dua,
dialog serupa,
watak dimain dengan gahnya.


ia perpisahan sementara
memanglah tiada luka terbina
tapi hati ini siapa yang boleh jangka
tiada.

rasa cinta bila bersama
jadinya lain
rasa cinta bila dipisah
lagi lain jadinya.

walhal rasa yang memang biasa ada
tak kira bila
dengan tiada semena menjadi buak
tak dapat lagi dijaga.


dari itu;
bermula sesi satu pembelajaran
yang tiada guru
yang tiada buku
hanya hati yang tahu ;
menghargai cinta.





terus mereka menjadi pelakon cerita~
www.tips-fb.com

No comments: